Jumaat, 1 April 2011

MAKSUD APRIL FOOL

"APRIL FOOL'S DAY"

Berkurun-kurun lama dahulu, kerajaan Islam Sepanyol yang telah lama bertapak di sana telah menghadapi kekalahan di tangan tentera Kristian. Maka penduduk-penduduk Islam di 
Sepanyol terpaksa berlindung di dalam rumah mereka untuk menyelamatkan diri dari tentera Kristian. Namun tentera Kristian tidak berpuas hati kerana tidak dapat menghapuskan 
orang Islam. Maka tersebarlah berita bahawa orang Islam yang ingin selamat boleh menyelamatkan diri mereka dengan menaiki kapal yang berlabuh di pelabuhan dan untuk memastikan berita itu benar mereka sendiri pergi menyiasat adakah berita itu benar. 
Setelah pasti dengan khabar berita itu, maka beramai-ramailah orang Islam Sepanyol ke pelabuhan dengan harapan mereka boleh menyelamatkan diri dari tentera Kristian. 
Namun sebaliknya yang berlaku. Tentera Kristian mengambil kesempatan 
menghapuskan
 umat Islam dengan membakar rumah dan kapal-kapal di pelabuhan dan orang-orang 
Islam di Sepanyol dibunuh beramai-ramai termasuklah lelaki, perempuan dan 
kanak-kanak pada tanggal 1 April. Inilah hari yang diraikan oleh rakyat 
setiap tahun untuk mengingati kemenangan tentera Kristian ke atas orang Islam yang
 dibunuh 
oleh mereka dan inilah sejarah yang mengaitkan April Fool dengan orang Islam.  

     Namun malangnya tarikh ini disambut juga oleh sesetengah umat Islam di seluruh dunia. Banyak sejarah April Fool yang dipaparkan di dalam internet hingga ke akhbar untuk mengingatkan umat Islam bahawa April Fool ini tidak digalakkan dalam Islam.
     Sejak dari dahulu lagi, terutamanya pelajar-pelajar yang tinggal di asrama, budaya 
April Fool ini sudah menjadi kebiasaan bagi mereka. Setiap tahun menjelang 1 April,
 ramailah yang menjadi mangsa dari sambutan April Fool. Bukan mangsa bunuh 
ataupun rompakan tetapi mangsa kepada mereka yang suka mengenakan dan 
menganiayai orang lain. Sedangkan Islam sangat melarang kita menganiayai orang
 lain dengan niat yang jahat. Muka diconteng, barang disorok dan sebagainya 
menjadi kebiasaan pada hari April Fool.
            Dari sini kita boleh ketahui apakah relevan dan faedahnya dengan April Fool ini. Menganiayai, menipu, menghina, menyakitkan hati, dan perasaan orang lain, semuanya buruk dan tidak berfaedah tentang April Fool. Sepertimana firman Allah yang bermaksud:
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kaum laki-laki menghinakan kaum laki-laki (yang lain), kerana boleh jadi kaum yang dihinakan itu, lebih baik dari kaum yang 
menghinakan, dan jangan pula kaum perempuan (menghinakan) kaum 
perempuan yang lain, kerana boleh jadi perempuan yang dihina itu, 
lebih baik dari perempuan yang menghinakan. Janganlah kamu cela-
mencela sesama kamu dan jangan pula panggil-memanggil dengan gelaran
 (yang tidak baik). Seburuk-buruk nama ialah fasik sesudah keimanan. Barang
 siapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang yang aniaya." 
Surah Al-Hujurat: 48   
            Namun mengapa ianya terus menerus disambut dan dilakukan oleh
 sebahagian masyarakat Islam terutamanya di Malaysia. Rakyat Malaysia 
sememangnya banyak terdedah dengan budaya Barat yang telah lama bertapak 
di Malaysia sejak dari dulu lagi. Valentine's Day dan sebagainya telah lama 
disambut di Malaysia dan umat Islam juga tidak terkecuali untuk menyambutnya. 
Kata mereka ianya nampak lebih moden dan cool untuk disambut.
            Tanpa disedari, sambutan-sambutan sebeginilah yang akan 
menghancurkan dan merosakkan maruah umat Islam sedikit demi sedikit.
Bayangkan sekiranya sejarah pembunuhan umat Islam pada 1 April di 
Sepanyol itu adalah sejarah yang betul-betul mengaitkan kita dengan April Fool, 
maka apakah pandangan Barat apabila melihat umat Islam turut sama 
menyambutnya. Menyambut hari dimana kekejaman tentera Kristian terhadap
 umat Islam dan tipu daya yang telah dilakukan oleh mereka kepada umat Islam. 
Sudah tentu mereka menganggap umat Islam mudah terpadaya dengan tipu 
daya Barat sepertimana yang mereka anggap umat Islam telah diperbodohkan
 oleh mereka suatu masa dahulu. Adakah kita mahu dianggap oleh dunia seperti itu? 
Menjadi umat yang tidak tahu menjaga maruah agama sendiri.
            Kesimpulannya, walau apa pun sejarah ataupun walau apapun yang terjadi
 pada 1 April samaada ianya berkaitan dengan agama Islam atau tidak, umat 
Islam tidak sepatutnya dan tidak harus menyambut dan membudayakannya kerana 
sudah jelas ianya berasal dari Barat dan tidak ada faedahnya. Umat Islam hendaklah
 berfikiran secara rasional tentang perkara-perkara ini kerana tujuan utama Barat
 adalah untuk menghapuskan dan menjatuhkan kedudukan dan maruah umat Islam
 di mata dunia

p/s : okiey ak bru jerk dpt brite nie..so hukum dya x digalakkan !!
namun bknnye haram..tapi lebey bek x pyh smbt..juz wish gitu2 jerk bley la..

ok daaa...=)
           

1 ulasan:

  1. okiey post di ats aku copy-paste from kwn kpd kwn aq nye note..
    erm sorry kos entry nie nmpk terlalu pnjg..

    BalasPadam